Random Posts

LightBlog

Tuesday 5 July 2022

Tempah baju korporat MINIMUM 20pcs

HAAA...meh tengok cara-cara nak tempah baju dengan Creeper Creative.. 


STEP BY STEP kami tunjukkan ni dari bermulanya DESIGN sehingga lah ke proses akhir.


Step yang pertama ialah, pelanggan akan menelefon atau Whatapps kami di nombor 010 - 342 5700 (Fadzil Aripin). mula-mula mereka akan tanya harga, minimum kuntiti order, dan minta catalog kami untuk tengok dan pilih design menarik daripada kami.



Sekiranya mereka sudah ada design, mereka akan hantar kepada kami untuk kami sediakan sebut harga.

2. Kami akan keluarkan QUOTATION (SEBUT HARGA) sebagai rujukan. Sekiranya ada penambahan dari segi sulaman, size, dan kuantiti, mereka akan bagitahu kami untuk revise Quotation.

Sampai sini jelas tak?? Jelaskan...



3. Step ketiga, bermulalah proses lakaran design, proses ini sangat mencabar kerana pihak pelanggan wajib tentukan design pilihan mereka dan proses ni akan ada 3 kali revise dan ada juga yang revise sehingga 10 kali dan lebih. Tapi last-last tak jadi buat dengan kami, kami buat free design tau.. Kami buang masa untuk buat design dia ja, dan akhir dia tak jadi order dengan kami tapi design dia dah FINALISE. 
Agak terkilan di situ.

Dan sekarang, kami hanya perlukan RM50 sahaja untuk deposit sebelum kami mulakan proses design.
RM50 ni deposit tau, bukan cas design. 

TAPI, sekiranya dia tak jadi nak teruskan order, deposit RM50 ni akan BURN. Di kira upah untuk designer.

Boleh faham ye.

Okeh kita ke proses seterusnya pula.


Step ke empat, apabila pihak pelanggan dah setuju design, kami akan ingatkan mereka untuk buat DEPOSIT 50% daripada harga quotation yang dah tolak RM50 tadi.

Deposit ini untuk kami beli kain, potong dan mula menjahit baju pelanggan kami.

HANYA 50% saja, lagi 50% balance tu bayar bila baju dah siap SEBELUM pelanggan ambil baju bawa balik.


Step ke lima, bila baju dan masuk PRODUCTION, baju akan beratur untuk dipotong..

Bab beratur ni mmg tak boleh sabar bilamana ada pelanggan yang buat payment dan nak potong que. Aduh sedih betul.

Proses kami sepatutnya 4 MINGGU SAHAJA untuk siapkan baju, kadang-kadang ada juga terlajak tu seminggu dua mungkin disebabkan cuti dan sebagainya.

Jangan risau, kami bukan SCAMMER, baju-baju pelanggan semua kami akan siapkan dan bagi kepada mereka, mereka dah bayar, kami tolong servise untuk mereka nampak segak dan bergaya di majlis-majlis ternama. KAMI JANJI !!

Ini sumber rezeki kami !!






Step Ke enam, bab baju dan siap, bab ni banyak juga kenangan ni.
Pertama, mereka push baju nak siap awal, tapi bila dah siap tak datang ambil, dah sebulan siap tak datang ambil juga.

Kedua, push nak baju awal, tapi tak mau bayar fullpayment, nak ambil baju dulu. Anda semua boleh cari kami, Kami nak cari anda di mana kalau tak bayar dulu. sedeh juga ni.
Ketiga, hantar size salah, bila baju dan siap, dia tak muat.


Baik, saya terangkan satu persatu ye.
Tentang bayaran. Anda risau sekiranya anda buat fullpayment, kami tak layan untuk repair. Bukan macam tu, kami akan repair FREE OF CHARGE sekiranya kesalahan itu datang daripada kami. Sekiranya kesalahan itu datang daripada ANDA, anda perlu tanggung kos repair kepada kami.

Boleh faham?

Untuk bab size, anda semua perlu tahu UKURAN BADAN dan UKURAN BAJU.


UKURAN BADAN maksudnya, tailor akan ukur badan anda KETAT-KETAT untuk dapatkan ukuran badan yang sebenar. Bila tailor tu nak buat baju anda, tailot akan lebihkan  4 INCH ukuran yang dia ambil tadi.

UKURAN BAJU maksudnya, tailor ukur baju anda sendiri. anda bagi sample baju anda pada tailor untuk dia ukurkan.

Carta yang kami bagi kepada semua pelaggan kami adalah CARTA SAIZ UKURAN BAJU KORPORAT.

Boleh faham ye perbezaan UKURAN BADAN dan UKURAN BAJU. Jangan salah lagi tau.. LOve you all.

Harap sedikit sebanyak info yang saya bagi ni berguna untuk kalian semua.

Terima Kasih semua.
KAMI JANJI, KAMI TUNAIKAN !!

No comments:

Post a Comment